Sunday, May 8, 2011

Insan Istimewa


Wanita...


Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan...

Sunday, March 7, 2010

Mengenal Kehidupan Iblis dan Syaitan

1. Tempat tinggal : Bilik mandi, tempat permandian atau berkelah.

2. Majlis : Pasar-pasar dan tempat orang berkumpul di jalan-jalan.

3. Makanan : Makanan manusia yang tidak disebut padanya nama Allah

4. Minuman : Minuman yang memabukkan seperti arak dan sebagainya.

5. Azan : Seruling, trumpet dan alat muzik yang seumpamanya.

6. Quran : Syair (puisi, nyanyian, lagu-lagu hiburan dan jampi mentera).

7. Kitab : Tatu pada badan.

8. Hadith : Bohong

9. Binatang buruan : Wanita

*Terjemahan hadith yg diriwayatkan oleh at-Tabrani

Tuesday, July 28, 2009

Muhasabah Diri (Menjaga Lidah)

Menjaga lidah – Mengumpat

1. Aku sering terlanjur mengumpat kawan-kawanku.

2. Orang lain juga mengumpat aku. Aku berasa amat pedih kerana aku diumpat orang lain. Orang lain tentu berasa begitu juga.

3. Aku malu orang tahu kelemahan dan keburukan diriku. Orang lain juga tentu malu sebab aku tahu kelemahan dan keburukannya.

4. Apa untungnya aku mengumpat, selain mendapat musuh dan dosa?

5. Oh lidahku! Dalam banyak sebutan mengapa mengumpat yang engkau lakukan?

6. Aku menyesal, aku sedar dan aku tidak mahu mengumpat lagi.

7. Aku tidak akan menyebut orang lain melainkan yang baik.

8. Diam adalah lebih baik daripada mengumpat dan berkata yang sia-sia.